Wednesday, June 2, 2010

Tips Keselamatan Ketika Berada Di Dalam Kereta



Pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang baik dan minyak kereta anda sekurang-kurangnya separuh tangki. Jangan biarkan minyak anda terlalu sedikit sehingga menyebabkan anda terpaksa berhenti untuk mengisi minyak terutamanya di kawasan yang anda tidak biasa.


Pastikan kunci kereta anda di keluarkan terlebih dahulu sebelum anda keluar atau meninggalkan bangunan ke tempat letak kereta. Sikap suka mencari kunci di dalam beg anda ketika sampai di kereta boleh membuka peluang kepada penjenayah untuk menyerang anda.


Perhatikan sekeliling anda sebelum masuk ke dalam kereta. Jika anda was-was terhadap persekitaran anda ketika itu, terus berjalan melepasi kereta anda ke tempat yang selamat.


Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda. Pastikan pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda.


Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang anda.


2 comments:

ReD said...

hoh! saya kalau masuk kereta, terus lock.huhu

Shaiful Zaidi said...

Saya mendengar beberapa kes di sini yang mana penyamun masuk dalam kereta tanpa disedari pemandu khususnya wanita dan membuat ugutan + rampas barang berharga...

Related Posts with Thumbnails