Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan tentera komando Zionis di perairan antarabangsa.
Menurut laporan Bernama hari ini, salah sebuah daripada sembilan buah kapal kecil konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki iaitu Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel hari ini berdekatan Gaza.
Dua rakyat Malaysia, iaitu seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal itu dan nasib mereka masih tidak diketahui.
Kejam sungguh mereka...misi bantuan kemanusian pun diserang. Justeru itu, tak hairanlah saban hari, rakyat Palestin ditindas, tanah mereka dirampas dan ahli keluarga mereka dibunuh.
ZALIM,KESAL DAN KECEWA,....Itulah reaksi kebanyakan pemimpin dunia termasuk termasuklah daripada Mr. Barack Obama. Namun, apakah tindakan mereka terhadap rejim Zionis? Apakah tindakan yang akan diambil oleh PBB? Apakah dunia hanya memerhatikan sahaja tindakan ganas mereka?
Saya berasa sangat sedih melihat apa yang berlaku di dunia pada hari ini.Dalam dunia yang bertamadun tinggi, masih ada lagi manusia yang bersikap binatang.
KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN REJIM ZIONIS PATUT DIHENTIKAN.
1 comment:
Alhamdulillah...hari ini dengar berita rakyat Malaysia yg ditahan di Haifa dalam keadaan selamat.
Post a Comment