Monday, August 18, 2008

Kemiskinan

Sebilangan pelajar di negara kita berasal daripada keluarga yang berstatus sosio ekonomi yang rendah. Kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar dan sebahagian lagi di kawasan bandar. Kemiskinan juga merupakan salah satu punca sebahagian kecil pelajar kita tercicir dari sistem persekolahan. Walaubagaimanapun , kini terdapat pelbagai skim yang boleh membantu pelajar miskin meneruskan persekolahan asalkan mereka mahu belajar. Antaranya ialah pemberian biasiswa, pinjaman buku teks, dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, dermasiswa, baucar tuisyen, Rancangan Makanan Tambahan dan lain-lain. Justeru itu, kemiskinan tidak patut lagi dijadikan alasan yang membantutkan persekolahan pelajar, sebaliknya ia patut menjadi pendorong kepada pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

"Miskin harta, kaya ilmu"

No comments:

Related Posts with Thumbnails