Thursday, August 14, 2008

Cuti sekolah

Esok 15 Ogos 2008 merupakan hari pertama cuti pertengahan penggal kedua bagi negeri Kedah. Cuti adalah hari yang dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar. Cuti adalah masa untuk mereka berehat dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Pelajar yang rajin akan menggunakan masa cuti untuk mengulangkaji pelajaran. Sebaliknya, pelajar yang malas menghabiskan masa cuti hanya untuk bermain. Justeru itu, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak agar cuti persekolahan memberi faedah yang optimum kepada mereka. Sekali-sekala bawalah anak untuk beriadah untuk menenangkan fikiran dan mengeratkan kasih sayang.

"Cuti-cuti di Malaysia"

No comments:

Related Posts with Thumbnails