Assalamualaikum dan selamat pagi.
Semalam, hari yang agak sibuk. Selepas balik dari office saya menziarahi kematian di kampung. Selepas itu, pi makan kenduri di kampung. Lebih kurang pukul 5.00 petang, saya dan abah pergi majlis kenduri saudara di Tokai, Pendang.
Tak sangka pulak dapat berjumpa dengan selebriti terkenal Lan Pet Pet dan isterinya, kakak iparnya Rozita Che Wan serta keluarga mereka. Sambil makan, dapat dengar celoteh Lan Pet Pet yang sungguh mengiburkan. Lan juga menyampaikan beberapa buah lagu secara berkaraoke.
| Bersama Lan Pet Pet |
| Rozita Che Wan dan adik-adiknya. |
| Keluarga Rozita. |