Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini hari Ahad dan kebiasaannya akan ada pasar malam di kejiranan Bandar Laguna Merbok. Sebenarnya tapak pasar malam Laguna Merbok telah berpindah untuk kali yang ketiga iaitu di kawasan lapang berhampiran dengan tapak hospital swasta.
Kawasan ini lebih luas berbanding tapak dahulu dan lebih banyak tempat letak kenderaan. Mungkin ada di kalangan warga Laguna yang masih belum sedar pasar malam telah berpindah tempat (dah sebulan) kerana tempat ini agak terlindung.






