Showing posts with label Nasi Kandar Mat Bedong. Show all posts
Showing posts with label Nasi Kandar Mat Bedong. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

JJCM Di Restoran Nasi Kandar Mat, Bedong.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni saya ingin berkongsi tentang tempat makan paling best di Bedong, Kedah. Kat mana lagi kalau bukan Restoran Nasi Kandar Mat (Perniagaan ZBCH) yang terletak di tepi Jalan Alor Setar-Sg Petani berhampiran dengan pekan Bedong.  Nasi kandaq ni 100% Melayu. Saya memang selalu singgah kat restoran ni.

Foto-foto ni saya ambil ketika restoran ni baru dibuka di sebelah petang. Masa ni pelanggan tak ramai lagi. Biasanya nak beli nasi kandaq ni kena beratur. Pelanggannya pulak Melayu + Cina + India + lain-lain. Memang toplah restoran ni..

Selain menunya yang pelbagai dan sedap, harga makanannya jugak murah. Orang KL sure terkejut punye bila singgah makan kat sini.

Nasi kandar dua kaler...satu putih, satu lagi kuning. So pilihlah mana yang berkenan.

Roti canainya pun sedap...

Sesiapa yang lalu di pekan Bedong, jangan lupa singgah kat restoran ni.

Pelbagai jenis lauk-pauk

Tengoklah udangnya saiz XL

Laluan untuk "makan"

Roti canai sedang ditebar.

Related Posts with Thumbnails