Saturday, April 14, 2012

JJCM Di Restoran Nasi Kandar Mat, Bedong.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni saya ingin berkongsi tentang tempat makan paling best di Bedong, Kedah. Kat mana lagi kalau bukan Restoran Nasi Kandar Mat (Perniagaan ZBCH) yang terletak di tepi Jalan Alor Setar-Sg Petani berhampiran dengan pekan Bedong.  Nasi kandaq ni 100% Melayu. Saya memang selalu singgah kat restoran ni.

Foto-foto ni saya ambil ketika restoran ni baru dibuka di sebelah petang. Masa ni pelanggan tak ramai lagi. Biasanya nak beli nasi kandaq ni kena beratur. Pelanggannya pulak Melayu + Cina + India + lain-lain. Memang toplah restoran ni..

Selain menunya yang pelbagai dan sedap, harga makanannya jugak murah. Orang KL sure terkejut punye bila singgah makan kat sini.

Nasi kandar dua kaler...satu putih, satu lagi kuning. So pilihlah mana yang berkenan.

Roti canainya pun sedap...

Sesiapa yang lalu di pekan Bedong, jangan lupa singgah kat restoran ni.

Pelbagai jenis lauk-pauk

Tengoklah udangnya saiz XL

Laluan untuk "makan"

Roti canai sedang ditebar.

16 comments:

Kamsiah said...

salam
100% melayu ...bkn mamak ya..?akak biasanya tak makan nasi kandar,bkn apa geli tgk mamak hehe...

KhaiRin : anies said...

adezzzz slalu tyg tmpt2 mkn yg best kt sn tp sy masih x berkesempatan nk ke sn waaaa

khairul said...

x boleh lawan penang punya nasik kandaq hhe

Anim said...

boleh lawan rasa dgn nasi kandar hj ramli (melayu jugak) di alor setar tak? takat ni itu no.1 kat tekak saya (nasi kandar melayu)

steffany daph said...

makanan yg menyelerakan byk gak kat sana.

Shaiful Zaidi said...

@Kamsiah
salam akak..
insyaAllah setakat yg saya tgk dan dengar 100% hasil sediakan orang Melayu.

Shaiful Zaidi said...

@KhaiRin : anies
kena JJCM kat Kedah la bila ada cuti...hehehe

Shaiful Zaidi said...

@khairul
ya ka...khairul kena cuba dulu baru compare...hehehe

Shaiful Zaidi said...

@Anim
cikgu kena try dulu, lps tu baru buat perbandingan....
bg saya, sama2 sedap

Shaiful Zaidi said...

@steffany daph
ya begitulah citernya

zulhisyam said...

sy penah sggah jga kat kdai 2... mmg terbaekk lah... mmg btol ckp tuan.. puas hati makan kat situ...

Shaiful Zaidi said...

@zulhisyam
terbaek juga buat hang utk PSPM nanti...

mama aini said...

ehem..jeles mama..asyik makan2 je en.shaiful dan keluarga ni..he2x..mama pulak kena control makan..hu2x..

Shaiful Zaidi said...

@mama aini
salam mama..maaflah saya duk asyik publish ttg makanan.Sebenarnya saya pun kena control makan juga coz berat badan dah bertambah ni...

hazwan hadzir said...

kedai nih tengah hari buka dak?

hazwan hadzir said...

kedai nih tengah hari buka dak?

Related Posts with Thumbnails