Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah semalam saya berkesempatan meninjau lokasi 'puting beliung' atau istilah sebenarnya belalai air yang berlaku di Kg Alor Besar, Kota Sarang Semut.
 |
| Panorama pada hari kejadian. |
Sebenarnya Kg Alor Besar besar terletak tidak jauh dari rumah saya yang terletak di Batu 9, Kota Sarang Semut. Pada pagi semalam langit cerah dan tenang sahaja suasana sekeliling.
 |
| Panorama semalam di kawasan berhampiran. |
Sebahagian bumbung di Sekolah Kebangsaan Alor Besar mengalami kerosakan akibat angin kencang pada hari kejadian.
 |
| Sekolah Kebangsaan Alor Besar |
 |
| Bumbung sekolah yang rosak. |
 |
| Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan. |
 |
| Salah sebuah rumah penduduk kampung yang turut mengalami kerosakan. |
Beberapa buah rumah penduduk Kg Alor Besar juga mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut. Semoga Allah melindungi kita semua daripada kejadian seperti ini.