Sunday, October 19, 2014

Meninjau Kesan 'Puting Beliung' di Kg Alor Besar, Kota Sarang Semut.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah semalam saya berkesempatan meninjau lokasi 'puting beliung' atau istilah sebenarnya belalai air yang berlaku di Kg Alor Besar, Kota Sarang Semut.
Panorama pada hari kejadian.
    Sebenarnya Kg Alor Besar besar terletak tidak jauh dari rumah saya yang terletak di Batu 9, Kota Sarang Semut. Pada pagi semalam langit cerah dan tenang sahaja suasana sekeliling.
Panorama semalam di kawasan berhampiran.
Sebahagian bumbung di Sekolah Kebangsaan Alor Besar mengalami kerosakan akibat angin kencang pada hari kejadian. 
Sekolah Kebangsaan Alor Besar
Bumbung sekolah yang rosak.

Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.
Salah sebuah rumah penduduk kampung yang turut mengalami kerosakan.
Beberapa buah rumah penduduk Kg Alor Besar juga mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut. Semoga Allah melindungi kita semua daripada kejadian seperti ini.

5 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Takut kalau kita berada dalam situasi macam tu kan.

ANIM said...

jangan kata kat kota sarang semut..
kat sp pun kalau hujan lebat dan berangin pun menakutkan..
mungkin keadaan mukabuminya...
tak banyak pokok tinggi...bendang saja

BinMuhammad said...

Melihat video puting beliung tu memang mengerikan! Sekarang makin kerap pula berlaku kejadian ni di Malaysia... Mungkin kesan dr iklim dan cuaca dunia yg kian berubah.

Hana Syed said...

Syukur tiada kemalangan jiwa

Hana Syed said...

Syukur tiada kemalangan jiwa

Related Posts with Thumbnails