Sunday, April 12, 2015

Pengalaman Terserempak Gajah di Jalan Timur Barat.

Gambar hiasan: Credit to:http://lagendabaling.blogspot.com/

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan blogger dan silent readers? Moga Tuan/Puan berada dalam keadaan sihat dan beroleh rahmat.

Setelah berulang-alik dari Laguna Merbok ke Selising selama hampir setahun dan hampir setiap minggu akhirnya saya terserempak dengan seekor gajah di tepi Jalan Timur Barat, dekat Gerik, ketika mula mendaki banjaran Titiwangsa pada pukul 6.00 petang semalam.

Ketika itu hujan renyai-renyai dan setelah melalui selekoh saya terpandang seekor gajah sedang mengganggukkan kepala. Mungkin gajah tersebut sedang makan. Saya hanya sempat memperlahankan kenderaan sambil melihat terus dan selepas itu melalui cermin sisi. Hajat di hati nak berhenti untuk snap foto, namun keadaan jalan ketika itu tidak mengizinkan. Saiz gajah tersebut lebih kurang seperti dalam foto (Gambar hiasan).

Inilah pengalaman pertama melihat gajah liar. Bukan tak pernah tengok sebelum ini..tapi gajah yang jinak di Zoo. Sebelum ini, ramai rakan dan jiran yang menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan gajah ketika melalui jalan tersebut. Tetapi kebanyakan mereka mengatakan gajah tersebut mempunyai saiz yang agak luar biasa. Biasanya mereka temui ketika waktu hampir senja.

Dua minggu lepas ada rakan yang melalui jalan yang sama juga menjumpai 3 ekor gajah. Tapi saya yang mengekori di belakang mereka tak perasan kerana ketika itu jalan agak gelap.  Memang pernah terdetik di hati at least sekali terserempak dengan gajah ketika berulang-alik dari Kedah ke Kelantan.


Anda pernah mempunyai pengalaman yang sama?

7 comments:

Kamsiah yusoff said...

akak pun pernah beberapa kali jumpa gajah kat jalan tu...tp waktu malam belum lagi la..

Abam Kie said...

pernah berjumpa dgn gajah pigmi di kinabatangan..

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Kniedaz said...

Kami pernah terserempak sekumpulan gajah ketika perjalanan pulang dari Kelantan...tapi kumpulan tu ada dalam hutan tepi jalan tu...rasa teruja tapi takut juga..hehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tak pernah jumpa lagi dengan gajah kat sana. Tempat lain pernah jumpa..

dear anies said...

x penah lg jumpa dpn2 kecuali kt zoo ;-)

Cik Misstree said...

Bahaya terserempak gajah di laluan highway apatah lagi waktu malam

Related Posts with Thumbnails