Tuesday, August 26, 2014

Al-kisah Payung Petronas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maaf kerana lama tidak bersua di dunia blog..


Hujung minggu baru-baru ini saya balik ke Laguna Merbok.. Saya berkesempatan memenuhi undangan jiran yang mengadakan rumah terbuka. Antara isu yang dibualkan bersama jiran-jiran ialah promosi payung Petronas edisi terhad. Ada jiran saya kecewa kerana payung yang dijanjikan kehabisan stok. 

Walaupun ruangan cop telah dipenuhi, namun hadiah payung yang dijanjikan tiada..Setiap cop hanya diperolehi dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 dengan kad MESRA dalam satu resit.  Saya pun kecewa jugak kerana kad saya pun dah penuh dengan cop di stesen Petronas Kok Lanas. Bila nak redeem, payung tiada stok. Di stesen Petronas Laguna Merbok pun sama, tiada stok. Bukanlah kita tak mampu beli payung seumpamanya, namun Petronas sepatutnya menyediakan bilangan payung yang sama dengan jumlah kad yang dikeluarkan.

Adakah ini strategi Petronas untuk mengaut keuntungan? Petronas sepatutnya lebih bertanggungjawab dan tidak menghampakan pengguna.

Jika kempen payung ini sudah tamat, eloklah ditanggalkan saja poster-poster dan iklan-iklan berkaitan. Jangan mengelirukan pengguna.

SZ: Masih setia pada PETRONAS.

4 comments:

Abam Kie said...

ramai org dah complain tp petronas buat derk je..

dear anies said...

sy pn dgr komplen yg sm...akhirnya kad sy x bercop sbb tkt x dpt payung ;-)

alhamdulillah sy sihat..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Saya pun tak habiskan cop. jarang cop-cop kad. hampir sama entri kita hari ini. Cerita Petronas.

BinMuhammad said...

Memang strategi perniagaan macam ni, untung diutamakan... Siapa cepat dia dapat. Sabarlah ye...

Related Posts with Thumbnails