Thursday, July 10, 2014

Colek, Beng dan Skeleng.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tiga perkataan yang baru saya faham maknanya ialah colek, beng dan skeleng.

Colek ialah makanan istimewa orang Kelantan. Ada colek buah, colek ayam, colek seafood dan colek campur. Kalau kat utara ialah seumpama rojak atau pasembor. 

Saya baru try colek buah dan colek campur (ada belaka: ayam, perut, peparu, sotong, udang, keropok dsb).
Colek
Perkataan kedua beng  yang bermakna ais. Kalau nak order teh ais kena sebut teh beng, teh O ais = teh O beng...

Perkataan ketiga ialah skeleng. Mulanya saya tergamam bila peniaga menyebut skeleng, tapi apabila dijelaskan ia bermaksud duit syiling (coin), barulah saya faham..

Baru 3 perbendaharaan kata....banyak lagi yang perlu saya pelajari.

8 comments:

Teacher Basariah said...

Hehe..tetiba teringat member2 kelantan (^_^)

❤Kamsiah❤ said...

sedap colek ayam tu..:)

ohpanduan panduan said...

Tiga bahasa baru yang boleh digukan bila berada di kelantan nanti :-)

Kakzakie said...

Hihi... kakak ikut belajar samalah perkataan baru:)

kakyon said...

Colek dan beng bisa dengar.skeleng baru belajar hari ni.boleh praktikkan bila kekelantan nanti..

ANIM said...

orang johor pun kata beng untuk ais..
banyak lagi tu nak kena belajar

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Boleh belajar bahasa kelantan juga hari ini. :-)

Sal Bee Yah said...

huk aloh! hehe, suka dengar dialek kelate ni. lembut je.

Related Posts with Thumbnails