Wednesday, October 16, 2013

Raya Korban di Laguna Merbok.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan semua? Moga sihat. Jangan terlebih makan. Almaklumlah Aidil Adha ni ramai yang buat korban. So...banyaklah makanan berasaskan daging. 


 Kat Laguna Merbok hari ni cukup meriah. Dari pagi tadi ramai muslimin dan muslimat warga Laguna mengunjungi Surau Andalusia untuk program Qurban dan Aqiqah anjuran Masjid Andalusia.


Lapan ekor lembu dan seekor kambing telah disembelih. Seronok sangat tengok suasana pagi tadi. Semuanya dibuat secara gotong-royong. 


Daging-daging telah diagihkan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Selain itu, warga Laguna juga menikmati masakan yang cukup sedap iaitu nasi berlaukkan kurma kambing, gulai daging dan masak kicap daging hasil masakan chef-chef terbaik di Laguna.


Bagaimana dengan Raya Korban di tempat anda?


6 comments:

Kniedaz said...

Saya kan berhari raya di perantauan..tapi rasanya di tempat saya ada dua ekor lembu dikorbankan...esok UiTM adakan majlis korban..kat sini meriah la..hehe

dear anies said...

kaki lembu kalu x mo hntr la ke sini ;-)

Anonymous said...

meriahnya.. nampak best je.. kat sini pun meriah jugak, tapi kita duduk dalam rumah je , so tak merasa la meriah bersama orang ramai tu :D

Kamsiah yusoff said...

raya pertama...kat masjid taman akak ni...17 ekor lembu..raya ke 3...khabarnya 18 ekor...

ANIM said...

kat utara lebih meriah sebab ada kenduri korban..
kat johor, biasanya edar daging mentah saja.

Bunda_nora said...

assalam, nampak sangat kemeriahannya...tahun ni bunda balek kampung raya haji...tak sempat nak join acara korban ditempat bunda..

Related Posts with Thumbnails