Saturday, October 19, 2013

Kisah Pisang Benci.

Sekadar berkongsi

Pisang Benci....

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! ia itulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

Sumber; WhatsApp group

6 comments:

ANIM said...

jangan kerana bencikan orang, hati kita jadi sakit..
lupakan salah orang pada kita. ingat selalu salah kita pada orang :-))

Kakzakie said...

Ironinya jgn membenci kerana bimbang jadi penyakit dalam diri sendiri...

Bin Muhammad said...

Cuba cikgu buat pada anak murid cikgu, agak2 berhasil tak...hehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus cikgu ni ajar kat murid-murid dia. Jangan simpan perasaan benci dalam diri.

❤Kamsiah❤ said...

kalau budak2...senang diajar maksud permainan tu..ni kalau yg dah bercucu..masih buat perangai mcm budak2...sikit2 sentap,bertahun2 tak bertegur sapa..payah nak buat En Shaiful...

Kesuma Angsana said...

tq share ada terbaca juga di blog kawan2 yg lain..& Maaf lambat terjah balik busy dgn kerja & kesihatan Adik tak mengizinkan lately !

Related Posts with Thumbnails