Friday, July 19, 2013

Bonus 2 Kali.

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua.
Confirm.. !!!

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat & terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terakhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggungjawab hamba untuk mencarinya.

bonus orang berpuasa dan yang mencari lailatul qadar sahaja. kejar beb. jgn tak kejar.. asyik kira duit jek kan... sesekali kira la pahala yang ada. cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus2 duit selama ni ?

Sumber : WhatsApp group

8 comments:

dear anies said...

rugi la sesiapa yg mensia2 kn bonus yg muncul cuma sethn sekali ni

krole said...

huhuhu~ betul bro...amat setuju, kejarlah kelebihan bulan ramadan yang mulia ini, huhuhu! suspen betul entri ni...ni msti dapat top referal tajuk entri ni huhu~

ANIM said...

haha...pasti memcanak naik entri nai. tang duit, tang bonus...memang cerita hot.

bonus yg muncul setahun sekali ni tak nampak depan mata, tu yg liat orang nak rebut! penyesalannya...bila terbaring sorang2 dalam kubur.. wallahua'lam

Kazman / Sue said...

haaaa3x.... terkena aku....

Amin A. R said...

Bila baca tajuk, hati dah kata, "untong la orang kerajaannnnnn" :D
Tapi dah baca, ya saya setuju sangat. Mari kejar bonus untuk akhirat ini :)

Nina Mads said...

bestnya dpt bonus.. tak kerja lg xdpt la

che mid said...

Tahniah ya.. Che Mid tak berasa bonus yang pertama tu sbb bukan orang gomen, tapi bonus kedua tu, insyaallah.. sedang diusahakan..

Bunda_nora said...

bunda nak kedua2nya..

Related Posts with Thumbnails