Monday, June 24, 2013

Langkah-langkah Keselamatan Pemanduan Dalam Keadaan Jerebu.

Rokan Hilir, Riau, Indonesia
Credit to: beta.thestar.com


Berikut disenaraikan beberapa langkah keselamatan yang harus dipraktikan oleh semua pengguna jalan raya ketika memandu/menunggang kenderaan dalam keadaan jerebu.


1. Pastikan semua tingkap kenderaan ditutup dan gunakan penghawa dingin dan pastikan ia dalam mod "putaran udara dalaman".



2. Buka lampu kenderaan untuk mencerahkan lagi penglihatan semasa memandu. Elakkan daripada menggunakan lampu kecemasan (hazard light) kerana ia boleh mengelirukan pemandu yang lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan berhenti di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.

3. Pemandu harus mengekalkan jarak pemanduan yang selamat di antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya berlaku situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan merokok ketika berada di dalam kenderaan.

5. Pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang berwarna cerah bagi membolehkan pengguna jalan raya yang lain dapat melihat anda dan memakai penutup muka.


Sumber: Fb Rasmi PDRM

SZ: Moga anda semua lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan berjerebu.

6 comments:

dear anies said...

kalau bleh x nk kuar langsung + drive

Kniedaz said...

kalau dapat cuti, tak perlu drive ke mana-mana hehehe

Ann Ishak said...

tapi masih geram jugak bila ada je pemandu yang sukaaaaaa sangat guna lampu kecemasan instead of lampu besar

Anonymous said...

kurangkan kelajuan di kawasan jerebu..

BinMuhammad said...

Tips terbaik adalah, elakkan memandu semasa jerebu...duduk sahaja di rumah. Sekarang kan zaman semuanya di hujung jari...hehe

Cikda said...

saper yang buat no 4 tu agaknya nak ambik feel keadaan sebenar kawasan kejadian kot...

Related Posts with Thumbnails