Sunday, June 23, 2013

Darurat Jerebu diisytihar di Muar dan Ledang.

Credit to:Oh! Media
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta.

Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 7 pagi ini mendapati Muarmencatatkan paras kritikal iaitu 746.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel mengesahkan perkara ini dalam suatu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada AstroAWANI.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang dengan serta merta,” katanya.

Bacaan ini sudah dianggap sebagai kritikal dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada penduduk setempat.

Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu.

Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529.

SZ: Pengalaman jerebu terburuk yang pernah saya hadapi ialah semasa menetap di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu. Ketika itu sekolah terpaksa ditutup.

Kat Kedah ketika ini masih ok...Bagaimana dengan keadaan di tempat rakan-rakan?


3 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Area sy ni da lbh 100...kelabu dan berbau asap

khairul hassan said...

semakin parah dh ni

krole said...

wah~ makin teruk ni...siap isytihar darurat g..kat sabah ni masih ok lg..but tadi dah macam sesak nafas bla duk luar rumah~ aduh~

Related Posts with Thumbnails