Monday, April 8, 2013

Tomato Paling Mahal di Malaysia.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Percayakah anda bahawa harga 4 biji tomato ialah RM74.20. Jika dibahagi 4, maka sebiji tomato berharga RM18.55. Sanggupkah anda membeli tomato pada harga semahal ini? 

Inilah yang terjadi kepada seorang rakan saya apabila dia membeli-belah di sebuah hipermarket. Nasib baik rakan saya menyemak dahulu resit selepas membuat pembayaran dan dia telah mengesan kesilapan harga tersebut. Harga yang tercatat pada beg plastik tomato tersebut tak sama dengan harga pada resit. Namun, dia terpaksa menungggu selama 15 minit untuk mendapatkan semula duitnya.

Ia patut menjadi pengajaran kepada kita semua. Jangan lupa semak resit dan simpan resit untuk beberapa ketika selepas membeli-belah.

11 comments:

Latifahzainal said...

kena peka dan lebih berhati2 dengan harga barang yang dibeli. Lepas bayar kena check balik resit coz selalu silap harga

krole said...

ui...bahaya tu..kalo silap 2 3 posen le trima g...ni smpai 70 lebih...eh?bdk cashier tu sngaja ke tak?adus2...jdkn pngajaran pngalaman kwn bro ni~ thanks atas perkongsian..mulai saat ni asal shopping jew kena tngok resit dlu~

dear anies said...

Kalau tomato tu trn dr syurga...baru sy percaya semahal tu... ;-)

Unknown said...

nmpk resit cam giant jer

Kniedaz said...

huii...mahal tu...mr hubby selalu suruh saya check resit lepas buat bayaran...kalau saya sorang kadang2 saya lupa huhu

BinMuhammad said...

Mahalnyeeee tomato!! Kesilapan sering berlaku sama ada tidak sengaja atau disengajakan. Berhati2 dan check! Itulah gunanya resit...bukan penting hanya utk masa buat claim jer.

umiawadah said...

saya pasti akan terkejut kalau tengok harga yang perlu dibayar,banyak tu,sebab saya sering kira setiap apa yang saya beli,kalkulator terus...hehehe

ANIM said...

Kalau p econsave biasa harga kena semak bukan takat 2,3 x tapi 10x.

Amin A. R said...

mahal kemain..tak sanggup nak makan pun tomato tu kalau beli... :)
saya kalau ke hypermarket memang akan check balik resit sebelom keluar sebab pernah discan barang yang saya beli 2 kali....lebih2 lagi giant!

Unknown said...

takpayah makan tomato pun takpe.

mama aini said...

ehem kerap berlaku begini..harga sebenar lain dr yg diprint dikaunter bayaran..memang kena selalu berhati2.. :(

Related Posts with Thumbnails