Sunday, March 31, 2013

Panas...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan semua? Maaflah saya tak sempat nak bw dan publish entri untuk beberapa hari ni coz busy dengan tugasan rasmi dan  urusan sendiri.

Sepanjang minggu ni, panasss jer kat Laguna Merbok dan kawasan sekitarnya. Cuaca panas dan kering sebegini jarang-jarang berlaku. 

Siang malam panas... 

Cuaca panas menyebabkan tekak ini sentiasa dahagakan air batu....kejap teh ais, kejap milo ais... Lama-lama boleh sakit tekak dek minum ais terlalu banyak.

Sebagai hamba-NYA kita perlu redho dengan ujian cuaca panas ini.  Semoga Allah menurunkan hujan agar  yang suhu persekitaran yang panas ini dapat dikurangkan.


Bagaimana cuaca di tempat anda?


12 comments:

Ummiarissa Mahdi said...

di Kuala Lipis,Benta,Raub dan Bentong cuaca pun panas juga...saya di Benta kerap kali buka tingkap bilik sewaktu tidur supaya angin malam masuk..memang panas...air sejuk setiap hidangan makan mesti ada...

Shaiful Zaidi said...

salam...ye ke.

Alhamdulillah hujan baru turun.

Niza Romli said...

kat Kulim, Penang pun sama..panas lik2.. malam2 nk tido kiri kanan atas kipas..pun tak jln.. sakit kepala smpi tido mlm pun balut towel basah kt kepala..

❤Kamsiah❤ said...

salam
akak ingatkan panas badan sbb akka byk amik herba...
rupa2nya ramai yg mengadu kepanasan dek cuaca...walaupun angin kuat bertiup kat sini..hujan jugak turun..tp pans tetap membahang...dlm bilik on ekon,kipas dan penyedut udara..pun tak berkesan..

ANIM said...

awal cuti ke subang,2 malam berturut-turut hujan. balik sp, panas membahang. masa LIMA 2 hari lalu, masya-Allah..sampai hitam muka. mungkinkan ini bahang api neraka yang Allah nak beri ingatan buat kita. senang saja Allah nak uji kita. diberi cuaca panas sikit, penuh dah klinik dengan pesakit demam, batuk dan selsema. panas membahang ni boleh buat kita tersedar dari leka, camna lah pulak panas api neraka...takutnya..

mama said...

assalam..kat klang ni cuaca tak menentu,tghari panas & ptg hujannya hujan..

Khai♥Rin : anies said...

Desa melawati kdg2 pns kdg2 ujan... :-)

Bin Muhammad said...

Di area kuala kubu bharu, hari2 hujan tapi kehangatan masih terasa... mungkin tempias panas dari Laguna merbuk...hehe
Jgn terlalu byk minuman berais, air mineral sudah memadai...

Kniedaz said...

Salam Shaiful..
Kat sini (butterworth dan sekitarnya) pun panas juga..rasa duduk dalam rumah lagi sejuk dari duduk di luar...cuaca sekarang ni dah tak menentu dah..bila ntah nak hujan

Kesuma Angsana said...

xpe faham sagt tu.. mmg musim panas skang ni !

Kazman / Sue said...

kat cyberjaya ni pun panas juga... panas sampai ke malam... huuu3.. naik keter pusing2 sebab nak bagi anak2 tido dulu...

Shaiful Zaidi said...

Alhamdulillah hujan dah turun membasahi bumi Laguna Merbok petang ini.

Semlm hujan kat Pendang.

Related Posts with Thumbnails