Monday, March 18, 2013

Bertemu Ulama' Keturunan Rasulullah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada malam Sabtu baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang ulama' antarabangsa. Beliau ialah Al-Habib Syeikhkuna Imam Yusuf Muhyiddin Riq Al-Bakhour Al-Hasani.

Beliau singgah untuk menyampaikan ilmu di Surau Andalusia, Bandar Laguna Merbok. Beliau merupakan seorang ulama' keturunan Rasulullah s.a.w.

Beliau mementingkan adab ketika menuntut ilmu. Beliau mengajak jemaah untuk lebih mementingkan akhirat daripada dunia. Beliau juga memberi panduan bagaimana hendak mendidik anak.

Selepas kuliah beliau, saya turut berpeluang bersama beliau dan rombongan meninjau Masjid Bandar Laguna Merbok.

Al-Habib Syeikhkuna Imam Yusuf Muhyiddin Riq 
Al-Bakhour Al-Hasani


12 comments:

ANIM said...

kami mengikuti kuliahnya di gurun sebelum itu. sebak bila dia kata banyak dari kita buat Allah tu seperti hamba kita. Susah baru cari, nak itu, nak ini, baru cari. Time senang, tak mahu solat, tak mahu ikut perintahNya.

p/s dah rasmi ke masjid laguna tu?

Shaiful Zaidi said...

belum rasmi lagi. ada lg kerja2 pembinaan yg masih belum siap.

che mid said...

Salam, bertuahnya..
Gambar terakhir sedang buat apa ya.. berdoa ke atau berselawat..

Kniedaz said...

alhamdulillah...dipanjangkan langkah olehNya ke majlis ilmu dan dapat pula bertemu ulama..

Shaiful Zaidi said...

salam akak...Alhamdulillah. Berdoa.

Shaiful Zaidi said...

Alhamdulillah

❤Kamsiah❤ said...

Alhamdulillah..bertemu ulama tersohor jugak satu rezeki namanya..

Kesuma Angsana said...

alhmadullilah... rezeki kita juga ni

Mar Haini Abdul Rahim said...

Subhanallah...Alhamdulillah bertuahnya...dpt berjumpa ulama' pewaris Nabi.. byk barakah yg boleh kt ambil :)

Bin Muhammad said...

Salam,
Peluang yg tidak selalunya dapat kita miliki...Alhamdulillah, bertuah krn anda terpilih utk bertemu Ulama tersohor ini. Pasti ianya pengalaman terbaik!

mama said...

beruntung en.shaiful dpt bertemu beliau..

Raudzah Zahari said...

Bercahaya muka dia..beruntung dapat bersama di dalam majlis ilmu

Related Posts with Thumbnails