Monday, February 25, 2013

Samsung perkenal Galaxy Note 8.0


SEOUL - Syarikat Samsung semalam memperkenalkan komputer tablet Galaxy Note 8.0 berukuran 20.32 sentimeter (sm) dengan keupayaan panggilan telefon bagi menyaingi tablet iPad mini keluaran Apple selain untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran dengan menawarkan gajet yang pelbagai saiz.
Gajet baharu tersebut dijana perisian Android keluaran Google dan akan dipamerkan di Kongres Mobil Sedunia di Barcelona bermula hari ini.
Seperti gajet Galaxy Note sebelum ini, ia didatangkan dengan pen jejarum untuk membolehkan pengguna menulis dan melukis pada skrinnya.
Menurut Samsung, jualan global tablet tersebut akan bermula pada suku kedua tahun ini. - AFP



SZ: Macam-macam inovasi yang dibuat oleh Samsung. Masih setia pada 'istri'ku.

5 comments:

Kniedaz said...

teringin tapi belum mampu ^_^

krole said...

pergh! canggih kuaran baru samsung ni...tp tak mampu nak beli..aku hanya mampu melhat orang memakainya dari jauh eh??? emo laks ngee~

Anonymous said...

terbaik ni, baru je nak buat N3 ni hehehe

ummiross said...

waa best ni, makin mantop Samsung ni.

mama aini said...

ehem cantik !!..bila la mama blh dpt ni?.. :(

Related Posts with Thumbnails