Monday, February 25, 2013

Dah tiba musim menuai..dulu lain, sekarang lain.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang ini, kebanyakan orang kampung saya di Kota Sarang Semut sedang sibuk menuai padi.

Menuai padi dahulu dan sekarang cukup berbeza. Sibuk-sibuk sekarang taklah sesibuk dulu.

Dulu-dulu bila tiba musim menuai semua orang sibuk. Masa zaman saya sekolah menengah dulu, saya saja buat-buat sibuk..ikut abah naik mesin padi, tahan guni ( isi padi dalam guni), menarik 
(mengangkut padi menggunakan basikal/motosikal) dan paling tak dilupa mencari ikan dalam lopak bekas tayar mesin padi. Ikannya besar-besar. Ada haruan, keli, puyu, sepat dan ...

Sekarang ni, segala-galanya dah berubah..takdak lagi orang tahan guni dan menarik serta jarang tengok budak-budak cari ikan. Sekarang padi dituai dan terus dimasukkan ke dalam lori yang menunggu di tepi ban.

Rindu zaman dulu2..

7 comments:

❤Kamsiah❤ said...

zaman dah berubah...kanak2 dah tak merasa 'keseronokan' spt zaman kita dulu2..

❤Kamsiah❤ said...

ehhh kebetulan akak dok buat entri pasal menuai padi jugak...tp draf lagi..:)
tak tau bila nak publish

Kniedaz said...

kalau nak balik rumah selalu terlepas nak tengok orang tuai padi..nak pi tangkap gambar padi pun asyik tertangguh je..sedar-sedar dah tanam baru huhu (duduk Penang baru nampak pokok padi live)

Hanif Idrus said...

Tiada pengalaman di bendang...
Rugi buat saya..

Bin Muhammad said...

Salam..
Kg mertua saya pun ada sawah padi di Tg Karang. Seronok dan damai bila di balik kg. Sekarang ni padi tgh subur membesar.

Terima kasih sudi singgah ke Relaks Minda dan follow.
Semoga terus bersama...Salam perkenalan ;)

mama said...

ehem zaman dah berubah..anak2 skrg dah kurang yg mahu melakukan kerja2 berat begini.. :(

Kesuma Angsana said...

teringat zaman kanak2 ye

Related Posts with Thumbnails