Wednesday, February 13, 2013

Bila ajal sudah tiba...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya terpaksa balik awal dari off. coz ada call bagitau pak menakan pupu (sepupu ayah saya) meninggal dunia malam tadi akibat kemalangan jalan raya.

Arwah Pakcik Din mengikut rombongan pengantin ke Kelantan. Kejadian berlaku  di Gerik, Perak ketika balik dari Kelantan. Arwah cedera parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian setelah van yang dipandunya dilanggar dari tepi ketika membelok oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Nasib baik isteri dan anak-anaknya selamat.Difahamkan kereta tersebut telah memotong 4 buah kenderaan di kawasan double line sebelum melanggar vannya yang ingin membelok ke kanan.

Kali terakhir saya berjumpa arwah pada bulan Dis. yang lalu. Arwah pernah bekerja sebagai pemandu bas. Tak silap saya hampir 20 tahun sebelum pencen beberapa tahun  yang lalu. Sudah taqdir ajalnya di jalan raya.

Jenazah dibawa balik ke rumahnya di Kg. Teluk, S.P sebelum disembahyangkan di Masjid Penghulu Him.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh arwah.

Al-Fatihah.

6 comments:

mama said...

Al-Fatihah..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..
takziah buat en.shaiful & keluarga..

Kniedaz said...

Takziah buat sekeluarga. Semoga arwah berada di dalam golongan mereka yang dirahmati.
Salah orang lain, orang tak bersalah menjadi mangsa..mmm

Kesuma Angsana said...

salam takziah & alfatihah...

krole said...

tazkiah dan sedekahkanlah al-fatihah kepada arwah agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, amin.

Nieda ramly said...

Alfatihah.
yg ini kemaangan dgn ibu Catriana ross ke?Ibu dia pun meninggal juga.

Hanif Idrus said...

Al-Fatihah Untuk arwah..amin

Related Posts with Thumbnails