Monday, September 17, 2012

Kisah Si Keldai dan Si Kerbau.

Di sebuah ladang, terdapat seekor kerbau dan seekor keldai yang membantu petani mengerjakan kebun sayur. mereka berdua bekerja keras saban hari di bawah terik matahari, enam hari seminggu.

Si kerbau yang kepenatan mencadangkan sesuatu kepada sik keldai:"Apa kata esok kita berpura-pura sakit? Bolehlah kita berehat."

"Eh, mana boleh! Engkau tak nampak, masih banyak lagi kerja kita yang belum selesai?"

"Alah, berehat sehari pun cukuplah."

"Terpulanglah pada engkau. Aku akan bekerja seperti biasa."

Keesokan harinya, si keldai bekerja sendirian. Melihat si kerbau lemah tidak bermaya, pemiliknya memberikan lebih rumput segar untuk diragut.


Sebaik sahaj melihat keldai bal;ik dari ladang, si kerbau bertanya:"Bagaimana hari ini?Penat?"

"Mestilah penat. Aku bekerja seorang diri hari ni."

"Banyak kerja yang engkau telah siapkan?"

"Sedikit saja. Aku bukannya gagah perkasa macam engkau."

"Tuan ada cakap apa-apa pasal aku?"

"Tak ada."

Keesokannya si kerbau curi tulang lagi. Alasannya sama, kurang sihat. Sebaik melihat si keldai pulang, si kerbau bertanya:
"Engkau okey?
Bagaimana kerja kau hari ni?"

"Aku penatlah. Sedikit saja kerja yang aku boleh siapkan."

"Tuan ada cakap aa-apa pasal aku?"

"Tak ada. Tapi aku ada dengar tuan berbincang sesuatu dengan tukang sembelih tadi."

Gulp! Si kerbau mengelabah.....


Pengajarannya?


9 comments:

Full Version Software said...

nice post

ANIM said...

moral of the story: kalau sihat tu, jgn memandai ambik MC atas alasan malas. nanti sakit betul2 baru tau.. boleh ke shaiful?

shaiful zaidi said...

@ Full Version Software
thank you.

shaiful zaidi said...

@ ANIM
bolehlah cikgu...tq.

miz ruha said...

jangan malas.. jangan buat-buat sakit.. nanti diri sendiri yang rugi.. ^_^

Ann Ishak said...

jangan suka berbohong dan jangan mengharapkan rezeki datang bergolek jatuh di depan mata ;)

shaiful zaidi said...

@miz ruha
tq.kena rajin...

shaiful zaidi said...

@Ann Ishak
tq. bercakap benar dan rajin adalah sifat mahmudah.

mama aini said...

kadang2 sifat malas blh merugikan diri sendiri.. :(

Related Posts with Thumbnails