Monday, August 27, 2012

Enak makan kari daging kucing?



DAGING kucing memang enak dimakan, malah  lebih lazat  apabila dimasak kari,” kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar.

Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan  hanya senyuman manis  sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.


Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak  selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.


Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.


“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy.  Aduhai, tekak kami yang haus  kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut  mengunyah daging  haiwan itu. 

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah  memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.


Kucing menjadi makanan biasa  oleh penduduk kampungnya  di Yangon, sama seperti  arnab,  anjing dan kura-kura. 


“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah  dagingnya selalu  dimasak menjadi  hidangan lazat  di dalam  majlis keraian. Kami akan  berkumpul beramai-ramai  dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik  ketika memakan daging kucing.


Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti  arnab  dan hanya  dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.


“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang  kucing panggang seperti yang diceritakan orang.


Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa  bercerita. Ujarnya, dia  sudah tujuh tahun tinggal  di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.


“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.


“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.


“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.


“Oh, tidak,” jawab Jimmy.  Kemudian kami  berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari  sedang berada di tengah-tengah langit.


Sumber: Sinar Harian Online

SZ: Sebagai umat Islam, kita mesti makanan yang halal lagi baik (halalan toyyiban).

12 comments:

Kazman / Sue said...

peerghhh.... daging kucing buat lauk raya.... huuu3x...

ANIM said...

kalau kawasan tempat kita tinggal tu banyak orang depa...pasti tak nampak kelibat kucing di sana!

Batu Adventure said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Unknown said...

myanmar ngan vietnam 2x5..pengotor !

mama aini said...

assalam en.shaiful..ehem pernh terjadi kpd kawan yg tinggal diJohor..kucing kesayangannya hilang..lepas tu jirannya jumpa bulu2 kucing yg bertaburan dibelakang dapur rumah penyewa (org myanmar)..menangis geram kawan mama tu..hu2x..

Anonymous said...

saya diberitahu daging kucing tak sedap!! sebab teksturnya yg berlendir..

Shaiful Zaidi said...

@Kazman / Sue
meloyakan....huuuu3x

Shaiful Zaidi said...

@ANIM
selera mereka sgt berbeza...

Shaiful Zaidi said...

@ Batu Adventure
salam kenal..terima kasih. insyaAllah nanti saya kunjung balik..

Shaiful Zaidi said...

@ khairul
2x5 = 5x2

Shaiful Zaidi said...

@ mama aini
kesian kat kucing tu..

Shaiful Zaidi said...

@Hisyam Muhibah
ye ke??..

Related Posts with Thumbnails