Friday, June 8, 2012

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga anda semua sihat dan ceria pada pagi Jumaat ini. Bagaimana cuaca di tempat anda?. Kat sini, kadang-kadang panas, kadang kala hujan. Hujan yang turun pulak lebat disertakan dengan angin kencang. 

Semalam, sekali lagi saya balik ke kampung menghadiri kenduri dan melawat sebuah rumah di kampung saya yang rosak teruk akibat ribut. Kesian kat tuan rumah...baru ja sampai dari Mekah, sudah diberi ujian sebegini. Apapun, alhamdulillah sukur, tiada yang cedera.







Untuk panduan anda semua saya kongsikan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 8 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Langkawi, Sarawak (Miri) dan Utara Samui dijangka berterusan sehingga Jumaat, 8 Jun 2012.
Sehubungan dengan itu, kawasan pantai di Perlis, Kedah, Langkawi dan Pulau Pinang terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat. Keadaan ini dijangka beterusan sehingga 8 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Terengganu dan Samui dijangka berterusan sehingga awal pagi, Jumaat, 8 Jun 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

5 comments:

Anonymous said...

kena lebih berhati2lah.. follow terus

ajax85 said...

siannya dia..heheh

Kasih Salina said...

salam..kesiannya kena ribut macam tu,dugaan dan ujian tu..memang betol cuaca tak menentu sekarang ni..kat area changlun ni pun mlm tadi hujan lebat beserta dgn angin lagi.

Unknown said...

risau gak esok show ni..klu la mai lagi mcm ribuut aritu

mama aini said...

assalam..kat klang cuaca panas..takde hujan dlm minggu2 ni..semuga jiran tabah menghadapi ujian dr Allah..

Related Posts with Thumbnails