Thursday, November 24, 2011

Robot ??


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa juruteknik memerhatikan kenderaan Curiosity di Makmal NASA di Pasadena, California.



CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat (AS) - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan kenderaan baharu sebesar sebuah kereta yang akan meneroka planet Marikh.
Kenderaan itu yang diberi nama Curiosity mempunyai lengan sepanjang dua meter dan dilengkapi laser untuk memusnahkan batu di planet tersebut.
"Ini ialah mesin impian saintis Marikh," kata timbalan ketua projek saintis Marikh di NASA, Ashwin Vasavada.
Kenderaan itu bernilai AS$2.5 bilion (RM7.94 bilion) dan ia akan bergerak ke kawasan yang mempunyai organik dan karbon di Marikh pada Ogos tahun depan.
Kenderaan itu membawa seberat 4.8 kilogram plutonium yang boleh menjana kuasa selama dua tahun di Marikh.
Ia sepanjang dua meter, lebar sembilan meter dan setinggi dua meter. - Agensi
Credit to: Kosmo oline
SZ: Canggih bergaya. Kreatif dan Inovatif.

6 comments:

KhaiRin said...

x ke membazir nama nyer ni??

Shaiful Zaidi said...

@ KhaiRin
mmg kosnya tinggi,tp sbg investment masa depan...

mama aini said...

memang diorg sgt kraetif..mama akui org2 kita masih ketinggalan dlm bidang ini..hu2x..

Kazman & Sue said...

wah... ini robot memang di bina untuk penerokaan...banyak kretiria yg perlu dibina utk robot ni....

saya kat sini cuma memerhatikan/menyelia student di fakulti membina robot yg basic aje ...pas tu masuk pertandingan under MMU... heeee3x

Shaiful Zaidi said...

@mama aini
kita ketinggalan umpama bumi dgn marikh...hehehe

Shaiful Zaidi said...

@Kazman & Sue
alhamdulillah Tn mmg ada kepakaran dlm bidang robotik

di peringkat sek skrg pun dah pertandingan Robotik olympiad..
mungkin ini dpt mendorong generasi akan dtg meminati dan menguasai teknologi robotic.

Related Posts with Thumbnails