Tuesday, October 4, 2011

JIN di dalam al-Qur'an.


Dua makhluk yang dicipta oleh Tuhan dan kemudian diperintah upaya menyembah-Nya adalah jin dan 
manusia. Walaupun sama dalam perintah namun dalam ciptaan mereka terdapat perbezaan yang besar.
Tidak seperti manusia yang dicipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk (15:26), 
makhluk jin dicipta daripada api yang membakar, yang tiada asap. Demikian mengikut penjelasan dua ayat 
al-Qur'an yang berikut:
"Dan jin, Kami mencipta sebelumnya daripada api yang membakar." (15:27)
"Dan Dia mencipta jin daripada api yang tiada asap." (55:15)

Sebaliknya, seperti manusia pula, mereka mempunyai keturunan. Antara keturunannya menjadi musuh bagi
manusia, iaitu keturunan Iblis. Kerana ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Tuhan. Allah berfirman,
"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah 
kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada 
Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu?" (18:50)
Manusia dilarang mengambil Iblis dan keturunannya sebagai sahabat atau wali. Selain itu, jin dijadikan sekutu bagi Allah, dipercayai serta disembah, oleh sesetengah manusia. Firman-firman-Nya:
"mereka mengadakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang mencipta mereka." (6:100)
"tetapi mereka menyembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka." (34:41)
Mungkin di kalangan manusia yang berbuat demikian melakukannya dengan tanpa disedari. Macam mereka 
yang menjadikan orang alim sebagai sekutu Allah, tetapi menafikannya.
Pengaruh jin begitu kuat sehingga terdapat manusia yang mempercayai mereka berkeluarga dengan Tuhan,
walaupun mereka mengetahui bahawa mereka akan dihadapkan kepada-Nya pada hari akhirat, seperti manusia. Firman-Nya,
"Mereka mengadakan satu pertalian kekeluargaan antara Dia dan jin; dan jin mengetahui bahawa mereka 
akan dihadapkan." (37:158)
Terdapat juga manusia yang diambil oleh jin lalu mereka mendapat kesenangan daripadanya. Kesenangan 
mereka hanya di dunia, tidak di akhirat. Tuhan menjelaskan,
"Pada hari Dia mengumpulkan mereka kesemuanya: 'Wahai golongan jin, kamu telah banyak mengambil 
daripada manusia.' Kemudian sahabat-sahabat mereka di kalangan manusia berkata, 'Wahai Pemelihara 
kami, sebahagian kami telah mendapat kesenangan daripada sebahagian yang lain, dan kami telah sampai
tempoh yang Engkau menentukan bagi kami.' Dia berkata, 'Apilah tempat tinggal kamu, di dalamnya tinggal 
selama-lamanya'; kecuali seperti yang Allah mengkehendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, 
Mengetahui." (6:128)
Ada pula manusia yang meminta perlindungan daripada jin. Mereka terdiri daripada kaum lelaki, dan daripada golongan jin yang diminta, adalah lelaki juga. Perbuatan itu menambahkan mereka dalam kekejian.
Firman-Nya,
"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu 
daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian," (72:6).
Ayat di atas merupakan amaran bagi sesiapa yang ingin mengambil perlindungan daripada jin. Satu lagi
contoh amalan yang disifatkan keji menurut al-Qur'an ialah melupakan ayat-ayat Allah setelah mendapat 
kesenangan hidup (25:18).
Beralih kepada kisah Nabi Sulaiman yang di sekitarnya diwarnai cerita luar biasa tetapi benar. Baginda didapati telah memperhambakan makhluk jin, dengan memasukkan mereka ke dalam pasukan tenteranya 
(27:17), dan menjadikan mereka pekerja dalam sektor pembinaan, pengukiran patung-patung, serta pembuatan pelbagai perkakas yang berseni (34:13).
Firman Allah dalam Alqur'an :
Ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat: sujudlah kalian kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali 
iblis, dia menolak dan bersikap sombong, dia adalah termasuk golongan kafir (q.s. al-Baqarah 2:34).
Allah berfirman: Apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada Adam sewaktu Aku menyuruhmu? Iblis menjawab: saya lebih mulia daripada dia. Engkau ciptakan saya dari api sedang Engkau ciptakan dia dari tanah (q.s. alA'raf 7:12).

2 comments:

MaMa AiNi said...

assalam...thanks share info..semuga dpt dijadikan panduan buat semua..

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
salam mama...panduan utk diri sendiri jugak..

Related Posts with Thumbnails