Tuesday, October 4, 2011

Dulu Buta Huruf, Kini Dapat Ph.D.


MOHAMAD MUZAMMIL menerima ciuman daripada kakaknya, Nor Kamariah selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-50 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Biarpun tidak mampu menulis dan membaca ketika belajar di sekolah rendah suatu ketika dahulu namun, ia bukanlah penghalang kepada Dr. Mohd. Nawi Ismail untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam pengajian Usuluddin dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya (UM) semalam.
Mohd. Nawi, 43, yang merupakan seorang pensyarah mengalami rabun mata dan cacat sebelah kaki sejak dilahirkan mengakui, dia adalah murid lemah ketika itu tetapi anak jati Pasir Puteh, Kelantan itu mula bangkit ketika berusia 15 tahun.
“Apabila melangkah ke sekolah menengah selepas menjalani pembedahan membuang selaput di mata, saya mula berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh Ph.D hari ini (semalam).


“Kejayaan ini juga disebabkan oleh sistem pendidikan negara yang baik di samping berkat sokongan keluarga dan Universiti Malaya sendiri,” katanya selepas istiadat konvokesyen ke-50 universiti itu di sini semalam.
Sementara itu, penerima Ph.D daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Mohamad Muzammil Mohamad Noor, 38, pula berkata, dia merupakan graduan Ph.D berkerusi roda pertama yang lulus daripada fakulti tersebut.

Sumber: Kosmo online

6 comments:

Yatie Awang said...

kalau ada kesungguhan, keinginan tentu boleh berjayakan?

Shaiful Zaidi said...

@Yatie Awang
tiada yg mustahil...sapa2 pun boleh berjaya, asalkan ada keazaman dan usaha yg berterusan...
satu lg contoh insan OKU yg berjaya.. slps Prof. Ismail

MaMa AiNi said...

tahniah buat muhammad muzammil !!..kuat semangatnya walaupun dia seorg OKU,semuga beliau blh dijadikan contoh olih semua OKU,kecacatan bukan penghalang utk berjaya !!!...

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
ya tahniah buat Dr Mohd Nawi Ismail

MaMa AiNi said...

he2x..sori salah nama yg mama tulis tu ya..nama kat gambar tu paper tulis muzammil..tapi yg sebenarnya Dr Mohd Nawi..sori ya en.shaiful..hu2x.. ..Tahniah Buat Dr.Mohd Nawi !!..mama kagum dgn semangat beliau..

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
salam mama...ok.saya pun tak perasan...

Related Posts with Thumbnails