Monday, September 19, 2011

Pelajar Maut Dihempap Tiang Gol.


TIANG gol yang menghempap Muhammad Fakhrul sehingga maut ketika bermain bola sepak di padang SK Kampung Jawa 1, Klang semalam.


KLANG - Hasrat seorang pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa 2 di sini untuk memiliki sepasang kasut bola tidak kesampaian apabila dia maut setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Allahyarham Muhammad Fakhrul Amin Abdul Rahman, 11, anak keempat daripada lapan beradik dikatakan bersama-sama rakan-rakannya sedang bermain bola di padang SK Kampung Jawa 1. Dia mengalami pendarahan teruk selain retak tempurung kepalanya.

Bapa mangsa, Abdul Rahman Sarbaini, berkata, beliau yang berada di rumah terkejut apabila dipanggil seorang jirannya mengatakan anaknya mengalami kemalangan akibat bermain bola di padang kira-kira 50 meter dari kediamannya di kuarters guru Kampung Jawa.
"Apabila sampai ke tempat kejadian, saya melihat banyak darah keluar daripada kepalanya dan dia (Muhammad Fakhrul) sudah terbaring tidak sedarkan diri.
"Melihat kecederaannya yang parah, saya terus menghantarnya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan namun dia gagal diselamatkan," katanya.

Credit to: Kosmo online
SZ: Kejadian yang hampir sama pernah di kampung saya lebih 25 tahun yang lalu.

4 comments:

ANIM said...

zmn saya sekolah dulu tiang gol tak boleh ubah2...tertanam dlm tanah.
tiang besi lak tu...kita yg dewasa pn blum tentu selamat..

mama aini said...

Al-Fatihah..semuga pihak2 yg berkaitan ambil iktibar dr kejadian ni..byk tiang gol disekolah2 yg dah uzur & merbahaya kpd pelajar ..

Shaiful Zaidi said...

@ Anim
pelajar-pelajar kena sentiasa berhati-hati di mana shj mereka berada...
pengawasan guru2 juga penting dlm setiap aktiviti sekolah..

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
tiang gol yg uzur dan merbahaya perlu diganti/dibuang demi keselamatan pelajar..

Related Posts with Thumbnails