Friday, September 9, 2011

Natasha Berjanji Jalani Kehidupan Normal.

Natasha


KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis akan membimbing seorang pondan, Natasha bagi membantunya kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki.
Pengarahnya, Abdul Malik Hussin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah memberi nasihat serta buku agama sebagai rujukan untuk mengubah dirinya sekali gus melupakan niat menjalani kehidupan songsang dengan teman lelaki.


Menurut beliau, jabatan itu akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat perubahan yang dijanjikan Natasha dalam pertemuan di rumahnya semalam.
"Pegawai saya telah menemuinya bagi melihat keadaannya dan menasihati mengenai hukum, agama dan fitrah seorang lelaki.
"Dia akur dengan penjelasan kami dan berjanji mahu berubah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Natasha untuk menjalani kehidupan bersama teman lelakinya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, di luar negeri ini.
Tindakan itu berikutan hubungan mereka dicemburui pihak tertentu sehingga Mohd. Hafizuddin disimbah asid pada Sabtu lalu ketika berada di rumah sewanya di Taman Seri Bakau di sini.

Credit to: Kosmo online

10 comments:

Idah said...

itu yang terbaik...semoga ia kembali pd kejadian yg azali.

Cikgu Tie said...

Mudah-mudahan dia berjaya menjadi dirinya yang sebenar.

MaMa AiNi said...

syukur alhamdulillah jika beliau telah sedar dan kembali kepangkal jalan..semuga allah beri petunjuk kepadanya..

kpah k-poh said...

kembalilah ke jalan yg sebenar...

Kamsiah said...

salam
semuanya boleh diubah-kecuali suara dan halkum hehe...tetap lelaki..

Shaiful Zaidi said...

@Idah
Ya itulah yg terbaik.. kembali kpd fitrah sempena Aidilfitri.

Shaiful Zaidi said...

@ Cikgu Tie
itu harapan cikgu dan mungkin jutaan umat Islam di luar sana...Amin.

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
pintu taubat masih terbuka...moga2 hasratnya dipermudahkan.

Shaiful Zaidi said...

@ kpah k-poh
Natasha...jadilah lelaki sebenar.

Shaiful Zaidi said...

@ Kamsiah
salam...sains dan teknologi tak dapat merubah segalanya.
Lelaki tetap lelaki...hehehe.

Related Posts with Thumbnails