Saturday, September 10, 2011

Di sinilah Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Merdeka 2011.



SMK Guar Perahu
Khemah-khemah telah dipasang.



Inilah lokasi yang akan berlangsungnya Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Merdeka pada tahun ini. Semalam, saya yang dalam perjalanan ke rumah mentua yang terletak tidak jauh dari lokasi dapat melihat persiapan sedang rancak dijalankan. 

SMK Guar Perahu merupakan tempat isteri saya menimba ilmu suatu ketika dahulu. Sekolah ini memang terkenal dengan team bola sepaknya dan telah banyak melahirkan pemain-pemain yang berbakat bertaraf Malaysia seperti Hasmawi Hassan, Manzoor Azwira, Aziz Ismail, Amer Saidin dan banyak lagi...! 




 PM Akan Hadir Rumah Terbuka Hari Raya Di P. Pinang
GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Guar Perahu, Permatang Pauh dekat sini pada Ahad ini.
Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba pada pukul 11.30 pagi dan akan meluangkan masa selama tiga jam untuk bertemu rakyat di kawasan itu.
Turut dijadual hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais, demikian menurut aturcara majlis yang dihantar kepada Bernama, di sini hari ini.Pulau Pinang terpilih sebagai tuan rumah majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat kebangsaan tahun ini.
Pada majlis yang dijadual berlangsung di padang Sekolah menengah Kebangsaan Guar Perahu itu, Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat kepada rakyat, selain memberi sumbangan hari raya kepada penduduk.
Beliau kemudian akan menyertai kira-kira 10,000 tetamu untuk makan tengah hari sebelum dijadual pulang ke ibu kota pukul 1.30 petang. -BERNAMA


Credit to: mstar.com.my

4 comments:

kak lang said...

sgt suka pegi open house...

MaMa AiNi said...

assalam en.shaiful..pergi tak open house ni nanti?..dekat je ngan rmh bapa mertua en.shaiful..he2x..

Shaiful Zaidi said...

@kak lang
ye ke...baguslah.

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
salam mama...hari ini saya bekerja, so tak dapat pi sana...ye dekat, jln kaki sj..

Related Posts with Thumbnails