Wednesday, August 24, 2011

Persediaan Balik Kampung.


Saya ingin berkongsi apa yang patut dilakukan sebelum/semasa kita pulang ke kampung.

  1. Pastikan baju raya, kuih raya dan ole-ole untuk anak buah dah dibeli terlebih dahulu. 
  2. Pastikan duit raya dah disediakan. Almaklumlah nak bagi kat mak dan ayah, nak ziarah ramai saudara mara. takut-takut nanti bank offline.
  3. Pastikan kenderaan yang hendak digunakan selamat, diservis terlebih dahulu, tayar dan brek dalam keadaan baik. Kalau boleh isi minyak penuh/cukup untuk perjalanan.
  4. Pastikan rumah dikunci dengan selamat. Pesan kepada jiran yang tak balik berhari raya di kampung. Ambil no. tel jiran atau beri no. tel anda kepada jiran. Mudah dihubungi jika ada kecemasan.
  5. Sebelum memulakan perjalanan berdoalah agar selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pastikan semua kelengkapan/keperluan raya dimasukkan dalam kenderaan. 
  6. Pandu ikut had laju dan peraturan lalu-lintas. Kalau mengantuk/letih, berehatlah terlebih dahulu. Jangan paksa diri. Kalau lalu highway lebih baik guna Touch n Go. Top up terlebih dahulu.
Ok...inilah beberapa tips yang ingin dikongsi. Semoga anda semua selamat sampai ke kampung/destinasi masing-masing.

4 comments:

mama aini said...

macam2 ada kat entry encik shaiful ni..he2x..ya persediaan balik kg tu penting..bagus info ni..

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
saja bg info...saya dah tak berpeluang balik kg mcm dulu2 lg...beraya kat Laguna sj thn ni....

sherryfie said...

tuan mai tengok kad raya saya untuk tuan :)

http://aidasyafiqa.blogspot.com/2011/08/my-dearest-lecturers-selamat-hari-raya.html

Shaiful Zaidi said...

terima kasih Aida...

Related Posts with Thumbnails