Wednesday, June 29, 2011

Bersama-sama Kita Menghayati Peristiwa Israk dan Mikraj.


Hari ini 27 Rejab 1432H adalah hari cuti umum bagi negeri Kedah sempena peristiwa Israk dan Mikraj.  Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa agung yang berlaku pada Nabi Muhammad (S.A.W) ketika baginda berusia 53 tahun.
Menurut apa yang saya faham...ISRAK ialah perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitul Magdis. Manakala Mikraj pula perjalanan Nabi dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha.
Apakah intipati peristiwa ini? Tentunya ibadah SOLAT yang diterima oleh Nabi Muhammad(S.A.W)
SUBUH....ZOHOR....ASAR.....MAGHRIB. ...ISYA'
Moga kita terus diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah solat sehingga ke akhir hayat.
SZ: Di Laguna Merbok sedang berlangsung Kempen JOM SOLAT BERJEMAAH PADA BULAN REJAB/JUN.

2 comments:

mama aini said...

salam israk & mikraj buat en.shaiful..ya semuga kita diberi kekuatan utk menunaikan suruhan allah !!!...

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
Salam Kak Aini...
Selain solat, Rasulullah juga diperlihatkan pelbagai seksaan yg diterima oleh org yg melanggar perintah Allah...moga kita menjadi umat yg patuh pada suruhan dan larangan Allah.

Related Posts with Thumbnails