Saturday, April 23, 2011

Gara-Gara 20 sen.


Remaja cacat enggan serah 20 sen dibelasah rakan.



BAGAN DATOH: Akibat enggan menyerahkan 20 sen, remaja kurang upaya dibelasah hingga pengsan oleh seorang pelajar senior di Sekolah Menengah Khir Johari Sungai Sumum di sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, Nalson John, 14, dikatakan sedang berjalan ke kelas sebelum ditahan seorang pelajar Tingkatan Lima yang memintanya 20 sen.



Nalson yang memiliki ketinggian kurang satu meter bagaimanapun enggan menurut permintaan pelajar terbabit menyebabkan pelajar senior terbabit menendang perut dan kepala mangsa.
Tendangan itu mengakibatkan mangsa tumbang dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sungai Sumun oleh guru sekolah. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI), dekat sini untuk rawatan susulan. 

Bapa mangsa, K Agashdin, 41, berkata, ujian imbasan X-ray dilakukan beberapa kali untuk mengesan sama ada anaknya itu mengalami keretakan tulang dada. 

Agashdin yang berkerja di kilang kelapa sawit berkata, Nalson mengalami kecacatan fizikal sejak lahir di mana pembesarannya terbantut mengakibatkan anaknya seperti kanak-kanak kecil. 

“Saya bergegas ke HTI selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh guru yang membawanya ke klinik. Saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana bertindak pantas membawa anak saya mendapatkan rawatan. 
"Namun, saya kesal masih ada segelintir pelajar yang suka bertindak ganas terhadap pelajar lain. Kita haruslah membantu antara satu sama lain,” katanya di sini, semalam. 

Agashdin berkata, beliau membuat laporan berhubung kejadian menimpa anaknya polis di Balai Polis Teluk Intan, kelmarin. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

"Pelajar senior itu sudah disoal siasat dan diambil keterangan sebelum tindakan susulan dibuat,” katanya di sini, 

1 comment:

Annie said...

gara-gar duit kawanpun leh jadi musuh

Related Posts with Thumbnails