Tuesday, February 15, 2011

Kg Malaysia

Pintu Gerbang ke Kg Malaysia

Tiba-tiba saya teringat untuk menulis tentang kampung yang cukup unik namanya iaitu Kg Malaysia Raya dan Kg Malaysia Tambahan. Kg Malaysia terletak berhampiran dengan Bandar Tasik Selatan dan pekan Sg. Besi di Kuala Lumpur. 

Saya pernah tinggal di sana dari tahun 2000 hingga 2004. Ketika saya mula-mula tinggal di sana, stesen ERL masih lagi dalam pembinaan. Kini, di sana sudah ada Terminal Bersepadu Selatan, di samping stesen ERL, LRT dan komuter yang sudah ada sejak dulu. 

Memang seronok tinggal di sana. Walaupun berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur, Kg Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri kampung tradisi. Masyarakat di sana hidup dengan aman dan damai. Semangat kerjasama masih utuh dalam kalangan penduduk. Pelbagai aktiviti dijalankan oleh persatuan penduduk dan NGO di sana.

Memang seronok tinggal di Kg Malaysia.Dah lama saya tak ke sana.
Terima  kasih buat penduduk Kg Malaysia.
Saya rinduuuuuuu....Kg Malaysia. 

2 comments:

eelobor said...

saya pernah duduk sana bermula mac 2008 hingga feb 2009. masa tu baru kawin dan nak mula hidup kat KL. sewa rumah lot. selepas setahun terpaksa pindah sebab mendapat baby. semalam kami bertiga pegi meronda2 kawasan kampung malaysia tambahan.

sangat kenangan kerana di situlah bermulanya kehidupan kami suami isteri dan mendapat cahaya mata yang pertama.

Shaiful Zaidi said...

saya pernah tinggal kat sana waktu bujang...mula2 menyewa dekat dgn rumah Us. Dr Abdullah Yassin di Kg M'sia Tambahan, lepas tu pindah pulak ke Kg M'sia Raya.

Mmg bayak kenangan2 indah di sana...
Thanx kepada En. Zainuddin yg add saya dalam kgmalaysiaraya@googlegroups.com . Sehingga sekrg saya masih mengikuti perkembangan Kg Malaysia melalui email group ini. walaupun jauh di mata, tetapi kg M'sia tetap di hati.

Related Posts with Thumbnails