Wednesday, December 1, 2010

Diskaun Saman Trafik


Alhamdulillah....

Tawaran diskaun bagi semua saman trafik bermula hari ini.  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia adalah bagi meringankan beban rakyat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira rintihan daripada orang ramai berhubung perkara itu dan ia juga selaras dengan saranan pucuk pimpinan “Rakyat Didahulukan”.

"Kita mendengar rintihan daripada orang ramai yang mengatakan ada notis yang dihantar tidak sampai kepada tuannya.
"Kita juga mendengar bahawa pengurangan saman jika tidak diberikan kelonggaran dan sebagainya, ada kes-kes tertentu yang (boleh menimbulkan) tidak adil.

"Tetapi yang paling penting kita menyampaikan mesej yang jelas iaitu yang salah tetap salah (yang melanggar peraturan jalan raya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen di Jabatan Imigresen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rasional tawaran kadar kompaun yang munasabah bagi semua saman trafik mengikut beberapa syarat yang ditetapkan mulai hari ini.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook miliknya, menyebut semua saman yang dikeluarkan pada atau sebelum semalam, kadar munasabah akan diberikan secara automasi melalui semua kaedah bayaran iaitu kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.

So...sesiapa yang ada saman trafik tertunggak tu, jelaskan segera sementara diskaun masih ada. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails