Aku ucapkan Selamat Ulangtahun ke -3 kepada radio Suria FM yang jatuh pada hari ini. Aku antara peminat stesen ini sekarang. Aku sebenarnya baru tahu beberapa bulan lepas bahawa Suria FM boleh didengari melalui frekuensi 106.9 MHz di kawasan sekitar sini. Ingatkan Suria FM hanya boleh didengari di Lembah Kelang sahaja. Stesen radio ini memang menghiburkan.
Paling aku minat ,celoteh dua DJ terkenal iaitu Halim Othman(HO) dan Linda Onn (LO). HO menceriakan pagi aku dan LO menceriakan petang aku. DJ-DJ lain turut menghiburkan.
Teringat aku....dahulu semasa bertugas di K.L, aku pernah berbual beberapa kali dengan HO selepas solat Jumaat di Masjid Taman Desa. LO pulak, aku dan family pernah terserempak ketika makan di Restoran My Mom's Chicken Rice di Ampang.
Tahniah Suria FM!
No comments:
Post a Comment