Monday, November 8, 2010

Mi Segera


HARGANYA yang murah, mudah disediakan dan pelbagai pilihan perasa menjadikan mi segera sebagai hidangan paling popular di kalangan generasi muda terutamanya bagi penuntut di institusi pengajian tinggi.

Biarpun pelbagai makanan yang 'disegerakan' mengikut arus pemodenan namun sajian ringkas itu terus mendapat tempat di hati pelajar terutamanya bagi mereka yang tinggal di kolej mahupun asrama.

Di saat poket semakin menipis pada hujung semester, mi segera dinikmati bagaikan itulah hidangan yang paling lazat dan digemarinya selama ini.

Apatah lagi di saat genting untuk menyempurnakan tugasan dan membuat persedian menduduki peperiksaan akhir. Pada waktu begitu, majoriti mahasiswa mengambil jalan mudah tetapi bijak dengan memilih mi segera sebagai sajian harian.

Sedar ataupun tidak, tradisi mi segera di kampus bagaikan sudah menjadi resipi turun-temurun yang diwarisi zaman-berzaman sebaik melangkah masuk ke menara gading dan bergelar mahasiswa.

Variasi cara hidangan untuk lebih sihat.

Sejak dahulu, mi segera sering meninggalkan imej negatif kepada pengguna terutamanya mahasiswa kerana mengandungi bahan perasa, pengawet, lemak dan kolestrol yang tinggi. Hal ini sememangnya bertentangan dengan amalan diet yang sihat.

Malah, para pengeluar mi segera juga turut mengakui berhadapan dakwaan yang menyatakan penggunaan bahan perisa seperti sodium (garam) sering menjadi punca makanan 'kegemaran' ramai ini tidak mempunyai zat yang secukupnya untuk menjadi makanan berkhasiat.

Oleh itu, para peminat mi segera disarankan mengubah cara penyediaan hidangan tersebut supaya ia lebih berkhasiat dan mengenyangkan.

Cara penyediaan mi segera yang lebih kreatif dengan mencampurkan bahan-bahan lain seperti sayur-sayuran, telur, ayam atau daging mampu melengkapkan zat yang diperlukan oleh tubuh.

Sumber: Utusan Online

2 comments:

ilahjy said...

salam cikgu..anak akak yg sulung 21thn tuu kat U akak bekalkan duit yg cukup khas utk makan sahaja...biar dia makan yg berzat bukan mee segera.. janji dia sihat cukup terkilan jika kita makan sedap dia disana tak tentu arah makan..kesiann anak2..

Shaiful Zaidi said...

salam akak...baguslah camtu...
Mi segera mmg popular kat hostel, x kira la kat SBP ka, U ka..
Kadang2 bukan kerana x cukup duit, tp dah jd tradisi..sblm study mlm. lg pulak ada kwn2 yg buka 'mini market' kat hostel, mi segeralah yg paling popular.

Related Posts with Thumbnails