Sunday, October 3, 2010

Kemalangan Di Laguna Merbok

Sebentar tadi berlaku satu kemalangan di kawasan kejiranan Laguna Merbok. Saya yang dalam perjalanan pulang dari kampung terserempak dengan kemalangan tersebut di persimpangan menuju ke Valencia. Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja dengan beberapa buah motosikal. Beberapa orang anggota polis sedang menjalankan penyiasatan dan merakam foto. Kalau dilihat keadaan kenderaan itu, nampak agak teruk keadaan mangsa kemalangan itu. Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa mangsa kemalangan telah dibawa ke hospital.





No comments:

Related Posts with Thumbnails