Monday, September 6, 2010

Iklan Raya TV3


Alhamdulillah...iklan raya TV3 telah ditarik balik penyiarannya setelah mendapat bantahan daripada masyrakat Islam.

Aku tidak pernah menontonnya di TV tetapi hanya melihatnya di Fb. Memang jelas iklan tersebut boleh menyesatkan akidah umat Islam khususnya kanak-kanak. Iklan tersebut yang menggambarkan seorang lelaki tua berkopiah putih mengajak kanak-kanak mengembara dengan beca ajaib seolah-olah Santa Claus yang berkait rapat dengan agama Kristian. Selain itu, bunga teratai dan pelita yang ditunjukkan dalam iklan itu berkait dengan agama Buddha. Takkanlah budaya Melayu dan Islam hanya digambarkan dengan baju kurung dan kopiah sahaja?

Pihak TV3 sepatutnya lebih sensitif apabila menerbitkan iklan yang berkait dengan Islam. Sepatutnya ditubuhkan panel penilai yang terdiri daripada pegawai JAKIM atau ulama.

Syabas kepada Datuk Seri Farid Ridzuan kerana memohon maaf dan mengakui kesilapan yang tidak disengajakan.

Apa yang kita harapkan cuma 'jangan pisang berbuah dua kali'.

2 comments:

Relevan said...

Salam..yer..sememangnya sangat logik iklan tersebut di tarik balik tayangannya..

Shaiful Zaidi said...

Salam...betul Tn. Nasib baik masyarakat Islam memberi respon yg cepat dan Tv3 juga cepat bertindak.

Related Posts with Thumbnails