Friday, August 6, 2010

Reunion kelas B1 SMTAA kali ke-2


Malam tadi, saya bertemu dengan rakan-rakan sekelas semasa belajar di Sekolah Menengah Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat Kangkong daripada tahun 1990 hingga 1992. Ini adalah pertemuan kali kedua kami pada tahun ini. Pertemuan ini diadakan di Restoran Haji Ramli yang memang terkenal di pekan Simpang Empat (pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3).

Fitri, Shaiful Zaidi dan Lt. Cdr. Shahrizal Salleh

Pertemuan empat orang rakan kelas 1/2/3 B1 sangat bermakna kerana ia turut disertai oleh guru kelas kami semasa tingkatan 3B1 dulu, Tn. Hj. Mahmud bin Hassan. Cikgu Mud (Mahmud) merupakan seorang guru yang sangat baik dan tegas. Beliau juga boleh diibaratkan sebagai kamus bergerak kerana kepakarannya dalam bidang Bahasa Melayu.


Kami berkumpul lebih kurang pukul 9.30 malam. Lepas itu, kami memesan minuman dan nasi kandar berlauk. Nasi Kandar Hj Ramli memang sedap dan dipadankan dengan pelbagai lauk-pauk yang menyelerakan.

Fitri dan Fauzi

Pelbagai topik kami bincangkan...daripada zaman persekolahan dulu sampailah isu-isu semasa. Sehinggakan minuman dipesan untuk pusingan kedua....Banyak sangat pengalaman cikgu Mud yang dikongsi bersama.

Shaiful Zaidi dan Cikgu Mud

Kami berbual dan terus berbual sampai tak sedar malam semakin larut....Akhirnya kami pun berhenti...

Cikgu Mud dan Lt. Cdr. Shahrizal

Terima kasih kepada Fitri yang telah belanja kami makan dan minum pada malam tadi. Lebih kurang pukul 1.00 pagi kami pulang ke rumah masing-masing. Semoga kami bertemu lagi...

4 comments:

Yin Areesa said...

Salam

Cikgu Mahmud..Dia pun cikgu kelas saya jugak. Kelas 3B1. Rindunya dengan cikgu2 lama.

Shaiful Zaidi said...

Join alumni SMTAA. Depa nak buat reunion raya ni...cari dlm Fb..

Anonymous said...

rindu sgt2 nak reunion dgn kawan2 sekolah , matrik n U...


Entri Hari Ini : Akibat Dari Gatal Tangan... dan Hari-Hari Mimpi Ngeri Boleh Bawa Maut Tau!

Shaiful Zaidi said...

reunion mengembalikan kita kpd memori silam yg amat indah....

Related Posts with Thumbnails