Monday, August 9, 2010

Berhati-hati Di Jalan Raya

Salam kepada semua pembaca blog ini. Sudah beberapa hari saya tidak menulis entri kerana ada urusan yang perlu disegerakan. Pada pagi ini saya ingin menasihatkan diri sendiri dan semua pembaca agar lebih berhati-hati ketika barada di jalan raya. Ramadan pun akan tiba tidak lama lagi. Selalunya, kes-kes kemalangan jalan raya akan meningkat pada akhir Ramadan apabila orang ramai pulang ke kampung untuk berhari raya. Oleh itu, pandulah dengan cermat dan patuhilah undang-undang jalan raya.

Pada minggu lepas, saya telah menyaksikan dua kemalangan. Kemalangan pertama berlaku di Lebuhraya Utara Selatan sebelum susur keluar Gurun dan satu lagi berlaku di Penanti, P. Pinang.

Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan



Kemalangan di Penanti, P.Pinang

Banyak faktor yang menyumbang kepada kemalangan. Antaranya ialah kecuaian pemandu, keadaan kenderaan, keadaan jalan dan ..........................................

"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA"

2 comments:

gnesop said...

musim perayaan, makin tinggi kadar kemalangan.. berhati2 selalu

Shaiful Zaidi said...

ya betui sop..bila nak raya ja kemalangan maut bertambah...so kita semua perlu ambil iktibar. Biarlah lambt sampai, jangan tak sampai langsung.

Related Posts with Thumbnails