Sunday, August 22, 2010

Moreh

MOREH....tentu anda biasa mendengar perkataan ini. Apalagi moreh biasanya dikaitkan dengan bulan Ramadhan. Apakah maksud moreh?

Menurut pemahaman saya, moreh ialah jamuan yang diadakan sama ada sewaktu berbuka puasa (iftar) atau selepas solat Terawikh dan Witir. Biasanya ia diadakan di masjid-masjid atau di surau-surau oleh individu atau sekumpulan ahli komuniti yang ingin menyumbangkan duit atau tenaga pada bulan Ramadhan ini.

Moreh adalah amalan yang baik dan wajar diteruskan kerana ia dapat meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.. Di samping itu, ia dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan khususnya makanan. Jika di masjid atau surau di tempat anda menyediakan moreh, tentunya golongan kanak-kanak adalah mereka yang paling gembira bila mendapat moreh.

Di Surau Andalusia, Bandar Laguna Merbok, moreh dibuat dalam bentuk penyediaan makanan untuk berbuka puasa . Setiap hari, memang ramai yang datang untuk berbuka puasa di sana.

Iftar di perkarangan Surau Andalusia.

Di kampung saya iaitu di Batu 9, Kota Sarang Semut, moreh berbentuk penyediaan makanan telah menjadi amalan tradisi sejak dahulu lagi. Cuma caranya sedkit berubah. Dahulu makanan dimasak secara bergotong-royong. Tapi, kini ahli kariah (lebih kurang 10 keluarga setiap malam) menyumbang duit dan makanan ditempah kepada pembuat makanan. Makanan yang dibungkus sama ada nasi, laksa, ,mee goreng dan sebagainya diedarkan kepada ahli jemaah selepas selesai solat Terawikh dan Witir.

Pemberian makanan di Masjid Bt. 9, Kota Sarang Semut.

Datanglah beribadah di masjid pada malam-malam Ramadhan ini kerana ganjarannya amat besar. Bukan sahaja pahala yang anda dapat, moreh pun dapat....tapi janganlah datang ke masjid atau surau hanya kerana moreh. Mungkin moreh aje yang anda dapat atau anda langsung tak dapat apa-apa....

SZ: Ikhlaslah dalam setiap perbuatan kita...

4 comments:

Anonymous said...

kat sini, moreh sponsored by every block yg ada..:)

best2..

Berbuka Puasa Bersama Bloggers Di Setiawangsa

Shaiful Zaidi said...

lain padang lain belalang, lain tempat lain caranya...

Unknown said...

Sini Sabah;

Berbuka = Sungkai

Jamuan selepas Tarawih/Witir = Moreh

Shaiful Zaidi said...

@ samizul.net
salam org Sabah..
terima kasih....hari ni saya belajar satu istilah baru iaitu sungkai...
setahu Sungkai ada nama tempat di negeri Perak...

Related Posts with Thumbnails