Monday, August 30, 2010

MERDEKA!


Tanggal 31 Ogos 1957 negara kita telah merdeka. Kini, negara kita sudah 53 tahun merdeka dan esok kita akan menyambut ulangtahunnya.

Apakah erti merdeka?

Pada pendapat saya, merdeka bermakna bebas daripada cengkaman penjajah sama ada dari segi fizikal atau pemikiran.

MERDEKA ialah hari yang amat bermakna kepada generasi pra kemerdekaan kerana mereka telah melihat kepayahan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dan rakyat bagi mendapatkan kemerdekaan. Mereka juga hidup dalam suasana yang tertekan akibat penindasan kuasa penjajah.


Tapi kini, pada pandangan saya, generasi baru pasca merdeka amat kurang menghayati erti kemerdekaan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang lahir pada era kemajuan negara pada tahun 90-an dan milenium (Bukan semua).

Mengapa keadaan ini berlaku?
Negara kita telah lama merdeka. Walaupun jasad mereka merdeka, tetapi masih ramai yang pemikirannya masih belum merdeka, masih terjajah dengan anasir-anasir asing.

Pelbagai isu timbul akhir-akhir ini yang melibatkan isu-isu perkauman, isu kontrak sosial, isu agama dan lain-lain. Isu-isu ini jika tidak ditangani dengan berhati-hati dan tepat, ia mungkin akan merosakkan perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Negara kita, tanggungjawab kita bersama. Kekalkan keharmonian, eratkan silaturrahim antara kita.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments:

Related Posts with Thumbnails