Saturday, July 31, 2010

Kebakaran di Bandar Laguna Merbok

Sebuah rumah berhampiran dengan Surau Andalusia BLM telah terbakar pagi tadi. Dua buah kereta turut sama terbakar. Saya yang berkunjung ke Karnival Hari Keluarga BAKIS yang diadakan di kawasan berhampiran turut terkejut dengan kejadian tersebut. Beberapa wartawan daripada akhbar tempatan turut kelihatan.








Rugi RN500,00


MA - Aug 1, 2010

SUNGAI PETANI: Seorang ahli perniagaan kerugian lebih RM500,000 apabila dua kereta mewah miliknya serta peralatan perniagaan di ruang letak kereta di rumahnya di Bandar Laguna Merbok, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, kereta jenis Mercedes-Benz dan Toyota Estima milik Nazri Yunus, 49, tiba-tiba terbakar ketika dia baru bangun untuk mengerjakan solat Subuh.

"Saya terkejut apabila pembantu rumah memaklumkan kedua-dua kereta itu terbakar. Saya kemudian bergegas ke tingkat bawah dan sebaik membuka pintu, saya melihat api marak menyambar bahagian belakang kereta Toyota Estima," katanya ketika ditemui, semalam.

Nazri berkata, dia bersama isteri cuba memadam api itu tetapi gagal, sebaliknya api semakin marak sehingga menyambar kereta Mercedes-Benz yang diletakkan bersebelahan.

"Beberapa penduduk yang kebetulan hendak ke surau berdekatan turut membantu tetapi gagal sebelum ia dipadamkan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian," katanya yang mengesyaki kebakaran itu akibat perbuatan khianat.

Dia yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, ini berikutan penemuan satu tin dipercayai bekas minyak tanah di bawah kereta Toyota Estima.

"Saya tidak tahu ia angkara siapa. Ini kerana sejak memulakan perniagaan kira-kira lapan tahun lalu, saya tidak pernah memusuhi sesiapa atau berhutang dengan mana-mana pihak," katanya.

Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.


Sumber:http://www.nib.my/archives/text/view/52125706?pos=2&hide_header=1&resultset=nstpec:www/cross-search/search.php:_1280726293:resultset



3 comments:

Zulfahmi Abidin said...

perh.dah la nk raye nie..kesiannyer......tak sanggup nk tgok

Shaiful Zaidi said...

takdir telah menentukan...turut bersimpati.

cik fazz said...

to my beloved kak ros ngn abg nazri (owner of da house), ahm so sad bile dpt call ttg hal ni...byk2 bersabar yer...redha dgn apa yg berlaku...

Related Posts with Thumbnails