Saturday, June 5, 2010

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Oleh kerana sekarang ni musim hujan, so entri aku pun tentang ujan....

Hujan merupakan satu bentuk kerpasan, seperti salji, hujan air batu, embun dan kabus. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.

Gambar di atas pula menunjukkan walau pun pakai payung masih kena ujan. So apa maknanya tu?....
Payung yang digunakan tu bocor kut...

Peribahasa Melayu ada mengatakan "Sediakan Payung Sebelum Hujan". Kalau dah ujan baru cari payung may be kita akan dapat payung yang tidak dapat melindungi kita waktu hujan. Maka akibatnya badan kita sakit...demam, selsema dsb...

So secara analoginya..dalam menjalani kehidupan seharian, kita perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Carilah payung yang benar2 dapat melindungi kita daripada HUJAN.

No comments:

Related Posts with Thumbnails