Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Esok, tanggal 16 Mei 2010, semua para pendidik akan menyambut Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada bekas-bekas guru saya di TABIKA KEMAS Bt. 9, Sek. Keb. Buluh Lima, SMK Tunku Abdul Aziz, SMS Sultan Mohamad Jiwa, SMS Raja Tun Azlan Shah, USM dan UM. Jasa-jasa guru-guru saya amat hargai dan saya doakan kesejahteraan semua guru. Kepada guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah, saya doakan agar ditempatkan bersama-sama orang yang soleh/solehah.

Tak lupa, Selamat Hari Guru kepada rakan sejawat di SMK Taman Desa, K.L, SMK Bkt. Gambir, P.Pinang dan SMK Bedong, Kedah. Seterusnya, Selamat Hari Guru kepada para pendidik di mana sahaja anda berada.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

No comments:

Related Posts with Thumbnails