Remaja perlulah prihatin dan bertanggungjawab. Bukannya mengikut budaya barat, kegiatan tidak bermoral dan membuang masa dengan melepak. Budaya ini dapat merosakkan akhlak remaja yang menjadi harapan negara. Remaja seharusnya mempunyai kesedaran, dan keyakinan untuk menempuh segala cabaran dan godaan dunia. Rugi serugi ruginya bagi remaja yang gemar membuang masa dan alpa dengan keseronokan.
Kesan daripada budaya barat yang menular pada masa sekarang menyebabkan remaja semakin liar dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan. Apa yang lebih menyedihkan lagi pada masa kini terdapat ramai remaja yang telah menghidapi penyakit AIDS akibat hubungan seks secara rambang serta penyalahgunaan dadah dan perkongsian jarum suntikan.
Di manakah letaknya maruah seseorang remaja? Daripada perkembangan mutakhir yang diwar-warkan melalui media elektronik dan media cetak memperlihatkan bahawa remaja Islam lebih fanatik terhadap budaya barat dan budaya negatif yang keterlaluan. Gejala bohsia, bohjan, lepak, homoseks, lesbian, sumbang mahram, buang anak dan pelbagai lagi antara perbuatan yang dilarang. Sebagai remaja Islam mereka sepatutnya tahu mengenai hukum bagi mengelakkan mereka melakukan perbuatan seperti itu.
Cubalah kita renungkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap remaja kini. Sewajarnya, menjadi tanggungjawab remaja untuk mengubah pandangan negatif ini. Jangan biarkan masyarakat memandang rendah dan menganggap remaja tiada harga diri. Remaja adalah tonggak negara dan mencapai wawasan gemilang pada tahun 2020. Perjuangan remaja belum selesai kerana mereka adalah harapan negara untuk memimpin negara pada masa hadapan.
2 comments:
mungkin kerana tiada jati diri.
=))
salam,
benar apa yg dikata...tapi pernahkah kita mendekati mereka sebagai seorang rakan...? pernahkah kita cuba memahami mereka..?...kebanyakkan dari kita..maaf tk semua..sering menyalahkan mereka apabila sesuatu berlaku pd mereka...kita sebagai guru adakalanya lebih memburukkan keadaan..bercerita sesama kita akan kepincangan yg dilakukan mereka..dan yg lebih memburukkan keadaan apabila kita lebih menyalahkan ibu bapa mereka atas tindakkan negatif anak mereka..
pada masa kini..bukan tidak ada..tapi terlalu sukar untuk melihat perhubungan yg tiada kasta di antara guru dengan murid..
kita juga pernah remaja seperti mereka..pastinya kita tahu apa yg berlaku pd hati seorang remaja..pengalaman kita inilah yg harus menjadi guru kepada kita untuk mendekati gejolak hati seorang yang bernama remaja..
cikgucepoi skg........tq
Post a Comment